Diasaskan oleh Pn Mendu @ Barbara Bey pada tahun 1950, di rumah kediaman beliau, Jln Mendu Kuching. 1959, Sekolah ini berpindah ke tapak baru seluas 3 ekar di Kenyalang Park. Tapak ini didermakan suami Pn Barbara Bey dan diberi nama ST Thomas Primary School, Sekama. Sekolah ini ditadbir dan diurus oleh Lembaga Pengurus Parish St Thomas.
Sebelas tahun kemudian, iaitu pada tahun 1960, Sebuah bangunan baru dibina dengan kos sebanyak RM 46 051 untuk menampung 256 orang pelajar dan 6 orang guru terlatih..Bangunan ini dilengakapi dengan 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik pentadbiran. Pada 1967, Sekolah ini diletak dibawah kuasa Lembaga Parish St Faith. Sejajar dengan ini, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Rendah Bantuan St Faith.
|
1995, semua guru terpaksa menggunakan koridor sekolah sebagai bilik guru. Pada tahun 1996, seorang penderma yang tidak mahu dikenali dengan sudi hati menderma sebuah kontena untuk dijadikan sebagai bilik guru. Kontena ini masih dipakai sehingga sekarang(2006).
Selepas 47 tahun, bangunan sekolah ini masih kekal seperti mana bangunan ini dibina pada tahun 1959. Walaupun menpunyai kekurangan sumber , bilik darjah dan tidak ada bilik guru, sekolah ini berjaya melahir ramai murid-murid yang sudah berjaya dalam kehidupan mereka. Tahun 2003, SK ST Faith, dinaik taraf menjadi Sekolah Gred A.Ketika in (2006) sekolah ini mempunyai 15 orang guru, 2 orang kakitangan sekolah dan jumlah murid seramai 243 orang
|